Saturday, January 29, 2011

what goes around comes around....

Karma....just simple as that....

Pernah tak kita fikir, pe yg kita wat satu hari nnt tak mustahil jd dkt kita plak....kita tak jujur, kene kan org, wat benda tak elok dkt org.....kita selalunya x berfikir dgn waras sblm kita buat sesuatu even dkt sape2 la pn....itulah lumrahnye.... kita tak sedar, kadang2 pe yg jd kat kita sekarang yg tulah balasan untuk kesalahan kita yg lepas....so kenapa kita nk merungut klu org buat mcm tu kat kita sedangkan kita sendiri pernah buat salah mcm tu dlu....

well....apa pn yg org wat dkt kita, sejahat mana dan seteruk mana pn yg mereka buat kita berdoalah untuk dia berubah, bukan balas blk atas apa yg mereka lakukan....klu kita balas balik, maka kita samalah seperti mereka yg busuk hatinya....dan akhirnya kita akan mendapat balasan yg serupa...klu kita tak dpt balasan tu sekarang, pasti ianya akan tiba juga....just wait....

Ingatlah, apa pn yg datang dekat kita, yang jadi dekat kita tak kesah la seberat dan sesukar mana pn kita kene bersabar, sabar tulah yg paling penting, tp klu sabar je, mulut, hati, merungut buat ape.... Allah menduga kita untuk melihat kesabaran kita, dan di kemudian hari hadiah yg terbaik akan menjadi milik kita.... ingatlah, diam itu lebih baik daripada segalanya...sama2 lah kita bersabar dalam segala yang datang....

Kita bukan insan yg sempurna......


Thursday, January 20, 2011

why is it so hard....


Ilmu itu cahaya kehidupan, tanpa ilmu maka gelap la hidup kita....

Kita sering bertanya, kadang2 kita dah berusaha sebaik mungkin, dan bertungkus lumus, dah tunggang terbalik kita berusaha tetapi kejayaan tetap bukan milik kita, kebahagiaan bukan milik kita, kekayaan bukan milik kita.........sedangkan kita lihat ada diantara rakan2 kita, kenalan kita, sedara mara kita dengan mudah, senang dan tanpa rintangan yang hebat mencapai kejayaan.....

Sebagai umat Islam, kita diajar dan didik dengan sempurna, kita tahu bahawa sekiranya kita berbuat baik, taat kepada Allah, nescaya akan dipermudahkan jalan hidup kita......sebalik nya apa yang nyata kita lihat, kawan2 kita tidak solat, tidak berpegang teguh pada agama, tetapi hidupnya berjaya, kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh nya....kita juga tahu bahawa, ISLAM ini sendir agama yang benar, tetapi kita sering melihat umat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita...
 
ISTIDRAJ.....
 
 
satu kalimah, yg sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yg taat. Allah memberikan kejayaan, kekayaan, dan rezeki yg melimpah ruah utk insan itu menjadi lebih jauh dariNya...

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

See, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Setiap apa yang ditentukan itu ada hikmahnya dan kebaikkannya. Janganlah mudah mengeluh apabila menimpa ujian dan bersyukurlah kerana diberi ujian itu. Mari kengkawan semua kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.