Ilmu itu cahaya kehidupan, tanpa ilmu maka gelap la hidup kita....
Kita sering bertanya, kadang2 kita dah berusaha sebaik mungkin, dan bertungkus lumus, dah tunggang terbalik kita berusaha tetapi kejayaan tetap bukan milik kita, kebahagiaan bukan milik kita, kekayaan bukan milik kita.........sedangkan kita lihat ada diantara rakan2 kita, kenalan kita, sedara mara kita dengan mudah, senang dan tanpa rintangan yang hebat mencapai kejayaan.....
ISTIDRAJ.....
satu kalimah, yg sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yg taat. Allah memberikan kejayaan, kekayaan, dan rezeki yg melimpah ruah utk insan itu menjadi lebih jauh dariNya...
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
See, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Setiap apa yang ditentukan itu ada hikmahnya dan kebaikkannya. Janganlah mudah mengeluh apabila menimpa ujian dan bersyukurlah kerana diberi ujian itu. Mari kengkawan semua kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

0 comments:
Post a Comment